SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BOLOK, 28500 LANCHANG, PAHANG TEL : 092804127 FAX : 092804127

Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN SK BOLOK.28500 LANCHANG

Sekolah Kebangsaan Bolok Komited untuk memberi

PERKHIDMATAN BERKUALITI

 

KEPADA MURID

 

1.1         Mempastikan kehadiran guru ke kelas tidak lewat 5 minit.

1.2         Mempastikan pengajaran berkualiti dalam semua bidang mengikut masa yang diperuntukkan.

1.3         Mempastikan penyelidikan dan diagnosis dilakukan secara berterusan setiap kali lepas peperiksaan dan merancang penambahbaikan yang berkesan.

1.4         Mempastikan penerokaan ilmu dan pembinaan rohani menjadi teras dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.5         Memeriksa buku murid selewat-lewatnya dua hari selepas dikumpul.

 

KEPADA STAF

 

2.1  Berusaha mengagihkan masa mengajar yang seimbang mengikut criteria dan opsyen.

2.2  Mempastikan mutu kerja staf berkualiti melalui pemantauan pelaksanaan  program dan strategi.

2.3  Mempastikan setiap staf mendapat peluang latihan sekurang-kurangnya 2  kali setahun.

2.4  Mempastikan penyelidikan dan diagnosis dilakukan oleh staf di bawah pengawasan panitia.

2.5  Berusaha meningkatkan kecekapan kepada staf bukan guru dengan perancangan sistematik.

2.6  Mempastikan urusan perkhidmatan guru-guru dan kakitangan diambil tindakkan dengan kadar   segera.

2.7  Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran daripada “Stake Holder”   berkaitan dengan

       Perjawatan dan latihan dibuat selewat-lewatnya 3 hari daripada tarikh surat diterima.

 

KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

 

3.1  Mempastikan layanan serta merta kepada ibubapa/penjaga yang  datang ke pejabat tidak lewat 10 minit

        Masa menunggu.

3.2  Memastikan Rekod Prestasi Murid di hantar kepada penjaga selewat- lewatnya  2 minggu selepas

       peperiksaan.

3.3  Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalammasa 30 minit sebelum dihantar kepada pihak

      yang  berkenaan.

 

PERKHIDMATAN  KAUNTER

 

4.1  Ibu/bapa/waris/penjaga/tetamu akan dilayan serta merta mengikut giliran oleh pegawai-pegawai

       berkaitan jika pada masa tersebut mereka tidak terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran

       didalam bilik darjah.

4.2.  Permohonan pertukaran murid yang lengkap syarat akan diuruskan dalam tempoh 30 minit.

4.3   Pendaftaran murid Tahun 1 yang  memenuhi syarat akan diuruskan dalam tempoh 15 minit.

4.4  Surat akuan diri murid berhubung  rawatan hospital akan dikeluarkan dalam tempoh 15 minit

       Selepas permintaan.

 

UMUM

 

5.1  Semua murid akan diberikan kerja rumah oleh guru matapelajaran yang  jumlahnya akan mengambil  masa 

       tidak lebih 10 minit untuk disiapkan bagi tahap 1 dan 20  minit bagi tahap 2 untuk semua matapelajaran.

5.2  Guru akan berada di dalam kelas  tidak lewat 5 minit dari pada waktu  yang  ditetapkan (masa  perjalanan dari

       bilik guru atau kelas sebelumnya).

5.3  Kertas jawapan murid bagi sebuah kelas akan siap ditanda dalam tempoh 4   hari selepas  sesuatu

       ujian/peperiksaan.

5.4  Rekod Profil murid akan disiapkan 2 minggu selepas peperiksaan berakhir.

 

 

No comments:

Post a Comment