Berdasarkan kepada kajian, sekolah ini dibina atas dorongan dan kesedaran Tuan Haji Long Bin Din, Ketua Kampong Bolok yang pertama iaitu pada 8.3.1936. Sekolah ini telah dibina di atas tanah kerajaan dan juga tanah kepunyaan Allahyarham En. Dot Bin Mat Sin dan Allahyarham En. Taib Bin Samah. Keluasan tanah lebih kurang 7e 3r. 4p. En. Dot Bin Mat Sin diberikan tapak yang berhampiran mengikut keluasan tanahnya sebagai ganti.
Bangunan asal (kini sudah tiada) berukuran 30 kaki X 40 kaki, dibina bertiang dan didirikan secara gotong-royong. Semua perkakas bagi bangunan tersebut diusahakan sendiri oleh penduduk kampong. Menggunakan tiang kayu bulat, beratap daun cucuh, dindingnya pula menggunakan kulit kepong dan berlantaikan kayu bertarah menggunakan kapak atau beliung. Begitu juga halnya dengan perabot sekolah seperti bangku dan meja tulis murid.
Guru Besar yang pertama ialah EncikYusuf bin Ideris. Bilangan murid ketika itu ialah 40 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Sebuah padang bola sepak juga disediakan bagi kemudahan murid-murid bermain. Di samping itu juga padang ini juga dijadikan tempat perhimpunan bagi penduduk kampong terutama apabila diadakan keramaian seperti sandiwara dan juga pertunjukan wayang gambar bergerak.
Kini
bangunan ini sudah tiada lagi. Satu demi satu dirobohkan bagi membina bangunan baru
daripada konkrit di atas tapak yang sama. Sekarang sekolah ini mempunya lima blok
bangunan konkrit, sebuah makmal komputer, sebuah bangunan prasekolah dan sebuah
kantin..
Pembukaan
tanah baru oleh FELDA telah menyebabkan berlakunya perpindahan beramai-ramai penduduk
kampong ini ketanah-tanah rancangan di antara tahun 1975 – 1978. Kira-kira
40 – 50 buahkeluargatelahmeninggalkan kampong ini yang menyebabkan sekolah
ini kekurangan murid. Sebelum perpindahan, murid-murid sekolah ini pernah melebihi
200 orang murid. Kesan daripada perpindahan
pula murid-murid sekolah ini menurun kepada
75 orang. Ada di antara kelas yang terpaksa dicantum. Bilangan guru pula di bawah 10 orang termasuk
guru besar. Keadaan ini berlarutan sehingga
1986. Kegiatan Kokurikulum sekolah seperti
persatuan ,pasukan beruniform serta sukan tahunan tidak dapat dijalankan.
Namun
begitu, kini telah berlaku pertambahan penduduk akibat dari wujudnya Pusat Latihan
Gajah Kuala Gandah dan Pusat Latihan Hidupan Liar Bukit Rengit. Kemasukan murid-murid orang asli yang bermula
pada tahun 1998 pula telah menambahkan lagi
bilangan murid sekolah ini sehingga melebihi 200 orang murid. Bilangan guru
pula mencecah 15 orang.
Menurut
Pengetua Pusat Latihan Gajah Kuala Gandah dan Pusat Latihan Hidupan Liar Bukit
Rengit, akan berlaku pertambahan kakitangan di kedua-dua pusat ini. Lantaran itu, pihak sekolah telah berusaha keras
memohon bangunan baru bagi menampung bilangan murid yang akan meningkat. SK Bolok telah mendapat bangunan baru pada Rancangan
Malaysia Ke Sembilan.
Pada
awal tahun 2016 Sekolah Kebangsaan Bolok telah mendapat kelulusan untuk membuka
sebuah Kelas Pendidikan Khas Integrasi.
Pada
masa ini SK Bolok mempunyai 21 orang guru, lebih kurang 202 orang murid, 4 orang
kakitangan dan En. Saifuddin bin Othman sebagai guru besar.
No comments:
Post a Comment